PENGENALAN TTITC


Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC) adalah merupakan sebuah pusat latihan bertauliah (K-14038) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) milik kerajaan negeri sepenuhnya yang beroperasi di Kampung Teris, Kuala Berang, Terengganu.

TTITC berperanan untuk melatih dan melahirkan tenaga mahir dan separa mahir dalam industri berasaskan perkayuan, rekabentuk serta seni bina bangunan.

Sejak beroperasi pada 1997 yang lalu, TTITC secara berperingkat mengorak langkah dan kini menawarkan lapan kursus teras :

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

TTITC juga menyediakan kursus jangka pendek disamping menjalin hubungan strategik dengan agensi lain bagi memantapkan operasi harian seiring dengan perkembangan sektor latihan kemahiran serta pasaran tenaga kerja masa kini.

Pinjaman pelajaran dan tajaan akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak TTITC dan boleh dibuat melalui :
1. Yayasan Terengganu
2. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
3. Yayasan Pelajaran Mara

TTITC Production Sdn.Bhd. (TTITC Production) telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut saham dan merupakan anak syarikat kepada Terengganu Timber Industry Training Centre(TTITC).

TTITC Production menjalankan perniagaan yang memfokuskan kepada aktiviti pengeluaran, pembinaan, pembuatan, pemasaran, dan jualan produk-produk berasakan perkayuan serta perkhidmatan.